KUANTAN, 18 JUN: Polis Pahang sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tragedi kemalangan melibatkan bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada 9 Jun lepas yang mengakibatkan empat maut.
KUANTAN, 10 JUN: Sebanyak 12 mangsa kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin semalam masih menerima rawatan di hospital di sini, Rompin, Segamat dan Melaka.
KUANTAN, 9 JUN: Anak sulung kepada pembantu operasi sekolah yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat awal pagi tadi, tidak menyangka rombongan yang diikuti bapanya itu menjadi aktiviti terakhir sebelum bersara wajib pada Julai ini.
KUANTAN, 16 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
SHAH ALAM, 10 MEI: Usaha Kerajaan Negeri menyedia caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memanfaatkan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Kafa Integrasi (Kafa-i) dan sekolah agama negeri ini.
GUA MUSANG, 23 APRIL: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
CHUKAI, 21 APRIL: Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif memperluas pengambilan calon guru tajaan kementerian itu bagi mengikuti latihan praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai ambilan tahun ini.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KUCHING, 9 MAC: Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
KUANTAN, 4 FEB: Dua guru kerugian lebih RM158,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian termasuk urusan pembelian barangan.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang dikatakan perlahan sehingga menyukarkan guru terlibat untuk mengakses.
DUNGUN, 8 JAN: Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut untuk bertugas sebagai pengawas Ujian Berturut Bahasa Melayu (UBBM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
KEPALA BATAS, 16 DIS: Dua guru maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Sungai Lokan, di sini awal pagi tadi.
JITRA, 1 DIS: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Seorang murid darjah satu di sebuah sekolah di Kampung Jawa, Klang ditampar guru selepas menuduh rakannya mencuri surat pemberitahuan hari sukan.
ALOR GAJAH, 28 OOGOS: Seorang guru mengalami kerugian RM37,750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook.
PETALING, 1 OGOS: Kerajaan Negeri sedia melengkapkan keperluan warga pendidik termasuk penggunaan teknologi dan digital bagi memastikan sektor pendidikan terus diperkasa.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Seorang guru yang dipecat pada 2019 selepas tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari kerana fobia air, hari ini kembali menyandang jawatannya sebagai tenaga pengajar dalam perkhidmatan perguruan.
OLEH DIANA ABD WAHAB KUALA SELANGOR, 6 JULAI: Semua guru yang dilantik sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga mendepani enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua urusan berkaitan pelaksanaan diselesaikan terutama...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.